Selasa, 24 Julai 2012

PERONDA DENGGI SK BANDAR UDA 2



1. Apa itu demam denggi ?
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.









2. Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

3. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

4. Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

5. Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
a. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
  • Membuang bekas yang boleh menakung air
  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
  • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
b. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
c. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

STATISTIK KEMENTERIAN KESIHATAN.

Kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara ketika ini dianggap membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, pada minggu lalu sahaja sebanyak 580 kes dilaporkan berbanding 400 kes pada minggu sebelumnya.
“Kes denggi dilaporkan berlaku di kawasan taman perumahan dan bandar-bandar.
“Justeru itu kita berharap program komunikasi untuk perubahan tingkah laku dipertingkatkan di kawasan Rukun Tetangga dan taman perumahan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Baru Cina Ketari di sini hari ini.
Dalam kejadian 3.55 petang Rabu lalu, 120 orang daripada 26 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Baru Cina Ketari dekat Bentong musnah terbakar.
Turut hadir, pada majlis penyerahan bantuan itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong, berkata jumlah kes denggi tahun lalu berkurangan kepada 27,000 kes berbanding 46,000 kes pada 2010.
“Kita meminta orang ramai bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran untuk menghapus nyamuk Aedes yang membawa denggi.

Sumber Dari Berita Harian(Klik Disini)








Statistik Terbaru Daripada Kementerian Kesihatan Malaysia







JANGAN SAMPAI CUTI BERSAMA KELUARGA TERGENDALA





TEMPAT-TEMPAT YANG HARUS DIPERHATIKAN

BACA SAHAJA TAK CUKUP





INILAH PUNCANYA...





JANGAN BIARKAN KELUARGA ANDA JADI BEGINI
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!! HANYA 
10 MINIT